Sunday, October 17, 2010

Love the Way You Lie Lyrics

Love the Way You Lie Lyrics: "Eminem Love the Way You Lie lyrics in the Recovery Album. These Love the Way You Lie lyrics are performed by Eminem Get the music video and song lyrics here. Just gonna stand there and watch me burn Well that's alright because I like the way it hurts Jus"

Sunday, October 3, 2010

Peranan Cita-cita dalam Pendidikan


Apakah cita-cita? Seperti yang kita tahu, cita-cita adalah apakah yang kita mahu jadi ataupun apakah bidang yang mahu kita ceburi apabila dewasa kelak. Cita-cita amat penting dan setiap orang perlu mempunyai cita-cita terutamanya para pelajar. Apabila kita mempunyai cita-cita, secara tidak langsung kita akan mempunyai matlamat dalam hidup. Jadi, kita akan berusaha untuk mencapai matlamat dalam hidup kita.

Sebagai contoh, jika seseorang pelajar itu ingin menjadi seorang doktor, pelajar itu tahu yang dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Jadi, pelajar itu akan menumpukan perhatian ke arah bidang tersebut. Pelajar itu juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya memandangkan bidang kedoktoran agak sukar berbanding bidang-bidang yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar akan mempunyai visi dan misi dalam kehidupan untuk mencapai cita-cita mereka. Mereka juga dapat menumpukan perhatian terhadap bidang yang mereka ingin ceburi. Jadi, inilah pentingnya cita-cita dalam kehidupan.
hurmmmm..... © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!