Sunday, October 17, 2010

Love the Way You Lie Lyrics

Love the Way You Lie Lyrics: "Eminem Love the Way You Lie lyrics in the Recovery Album. These Love the Way You Lie lyrics are performed by Eminem Get the music video and song lyrics here. Just gonna stand there and watch me burn Well that's alright because I like the way it hurts Jus"

Sunday, October 3, 2010

Peranan Cita-cita dalam Pendidikan


Apakah cita-cita? Seperti yang kita tahu, cita-cita adalah apakah yang kita mahu jadi ataupun apakah bidang yang mahu kita ceburi apabila dewasa kelak. Cita-cita amat penting dan setiap orang perlu mempunyai cita-cita terutamanya para pelajar. Apabila kita mempunyai cita-cita, secara tidak langsung kita akan mempunyai matlamat dalam hidup. Jadi, kita akan berusaha untuk mencapai matlamat dalam hidup kita.

Sebagai contoh, jika seseorang pelajar itu ingin menjadi seorang doktor, pelajar itu tahu yang dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Jadi, pelajar itu akan menumpukan perhatian ke arah bidang tersebut. Pelajar itu juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya memandangkan bidang kedoktoran agak sukar berbanding bidang-bidang yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar akan mempunyai visi dan misi dalam kehidupan untuk mencapai cita-cita mereka. Mereka juga dapat menumpukan perhatian terhadap bidang yang mereka ingin ceburi. Jadi, inilah pentingnya cita-cita dalam kehidupan.

Wednesday, September 15, 2010

KESELAMATAN DAN ETIKA DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER

Soalan 3: Jelaskan apakah keselamatan dan etika dalam penggunaan komputer.

Pendahuluan

Sememangnya keselamatan dalam penggunaan komputer, lebih-lebih lagi pada zaman arus globalisasi ini adalah sangat wajar dan penting sekali. Ini adalah kerana dengan komputer, berbagai-bagai perbuatan jahat boleh dilakukan. Jadi, sebagai pengguna, kita haruslah mengambil tahu tentang keselamatan dalam penggunaan komputer agar tidak berlaku perkara-perkara yang akan mengganggu keamanan dan hak-hak privasi kita. Hal ini ditambah pula dengan sistem penggunaan internet yang semakin berleluasa. Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalah guna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? jadi, di sinilah pentingnya keselamatan dan etika dalam penggunaan komputer agar masalah lain tidak timbul.

Definisi Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.


Asas Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer meliputi 4 asas, iaitu:

  • Kerahsiaan- mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis capaian- boleh baca, lihat, cetak atau dengan hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.
  • Integriti- mencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar (status), hapus atau cipta.
  • Kesediaan- Orang yang berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari mencapai suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.
  • Penggunaan yang betul- Orang yang berdaftar menggunakan sistem komputer dengan cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian manusia.


Cara-Cara Menjaga Keselamatan Komputer
  • Pencegahan Dari Jangkitan Virus- Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.
  • Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)- Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.
  • Menghalang password Cracker-
- Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
- Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
- Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
- Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.
  • Gunakan Internet Firewall
- Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
- Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.


ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER
Keselamatan komputer meliputi 4 aspek penting iaitu:
  • Tanggungjawab
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan sistem
  • Keselamatan data
Antara aspek yang lain iaitu:
- suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih daripada 40 ° C.
- komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
- Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
- komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
- komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.


ETIKA KOMPUTER

DEFINISI ETIKA KOMPUTER
-
panduan moral dalam penggunaan komputer dan sistem maklumat mengenai salah dan betul menggunakan komputer.
- kebanyakan pengguna komputer mewujudkan kod etika misalnya:
  • dilarang mengganggu kesulitan maklumat majikan.
  • mengekalkan integriti sistem sepanjang masa.
  • dilarang mengganggu hak peribadi orang lain.
  • jangan melarang undang-undang siber.
10 RUKUN ETIKA KOMPUTER
  1. Jangan menggunakan komputer untuk merugikan dan membahayakan orang lain.
  2. Jangan melanggar atau mengganggu hak dan karya komputer orang lain.
  3. Jangan menceroboh masuk fail komputer orang lain.
  4. Jangan menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu.
  6. Jangan menduplikasi atau menggunakan software tanpa membayar dahulu copyright.
  7. Jangan menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa pengetahuannya.
  8. Jangan mencuri atau mengambil hasil intelektual orang lain.
  9. Pertimbangkan kesan dari program yang dibuat atau sistem komputer yang dirancang.
  10. Gunakan komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

NETIKA- Etika Penggunaan Internet
-
Disediakan bagi mendidik pengguna mengenai tatacara penggunaan internet yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.


RUMUSAN
- Keselamatan komputer sememangnya penting dan amat berguna untuk kita sebagai pengguna komputer.
- Dengan menjaga keselamatan komputer, segala perkakasan, perisian, sistem mahupun data-data kita akan berada dalam keadaan selamat.
- Sekiranya para pengguna mengetahui dan mengamalkan etika-etika dalam penggunaan komputer, nescaya keselamatan dalam penggunaan komputer akan lebih terjamin.






Sunday, August 15, 2010

task!!!!

Frankly speaking, i xreti lar bloging neh.. xmnat sgt.. tp oleh kerana nk memenuhi tuntutan kerja, i msti aktif bloging.. must be a blogger!!!!!!!!!!!

Saturday, August 14, 2010

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

sue2

Wednesday, February 3, 2010

sob3...

ello suma.. d cni ak nk gtaw yg ak ngah sdey skang.. bleh u all suggest cmna cara nk lpakan bnda2 yg sgt mnyakitkan ati.. mna lar taw korang da pngalaman yg pahit2 kew.. cmna u all atasinyer???
hurmmmm..... © 2008 | Coded by Randomness | Illustration by Wai | Design by betterinpink!